Road to Scandinavian (Finland – Sweden – Norway)

Flight
KUL – IST – HEL – RVN – HEL – IST KUL
Ticket flight KUL – HEL (RM5,544 for 2 pax)

Day 1 (04 March 2020)

  • Depart from KLIA to Instanbul Airport (transit)
  • Depart from IST to Helsinki

Day 2 (05 March 2020)

Helsinki, Finland

  • Arrived Helsinki Airport (time) – Immigration clearance nearly 1 hour (not many visitors)
  • Amek train (HSL Lentoasema) from airport to Helsinki town Centre (EUR8.20 – RM39.73 for 2 pax). Cuaca sejuk gila walaupun xde snow (5 degree)
  • Amek locker di Helsinki train station untuk simpan luggage (EUR ). Locker hanya boleh digunakan sampai pukul 10pm. Sebelum 10pm kena ambil barang. Kalau terlupa ambil esok je la
  • Ronda-ronda Bandar Helsinki (jalan kaki). Singgah Hard Rock Café beli baju sendiri & kawan-kawan order.
  • Amek train dari town centre ke port (EUR5.60 – RM27.14 untuk 2 orang sehala) untuk naik cruise ke Thalin, Estonia (harga cruise USD148.84 – RM644.20 untuk 2 orang). Tiket cruise dah beli online dari KL
  • Thalin cruise amek masa 5 jam pergi dan balik. Kami amek pakej yang siap-siap ada light refreshment (free flow). Sampai Thalin ronda-ronda dalam Thalin port je, sebab rush nak kejarkan night train ke Rovaniemi.
  • Amek train dari Helsinki port balik ke Town centre (EUR5.60 – RM27.14 HSL Mobili) beli tiket online masa dalam train sebab mesin tiket rosak.
  • Amek night train dari Helsinki ke Rovaniemi (double deck coach) time . Bilik agak sempit, kalau bawak banyak beg memang cramp la. Harga tiket EUR232 – RM1,110.06 untuk 2 orang). Tiket beli online siap-siap dari KL. Nama train dia – VR Verkkokauppa

Day 3 (06 March 2020)

Rovaniemi, Finland

  • Bangun pagi solat subuh atas katil sebab bilik sempit. Solat ala-ala duduk tahiyat awal sebab katil double deck. Mandi kat toilet (boleh tahan sempit, shower kena tekan banyak kali sebab sekali tekan air keluar dalam 1 minit pastu stop). Breakfast kat café dalam train (EUR8.30 – RM40.22) makan croissant (amek 1 share 2 orang sebab saiz dia agak besar), hot coffee & hot milo). Masa ni dah start Nampak snow sebab dah jauh dari town. Jadi batak jap sebab snow tebal, setiap stop nak turun amek gamba
  • Sampai Rovaniemi (time), snow tebal & masih turun (cuaca -2 degree). Tarik beg atas snow tebal sampai pejabat nak amek kereta sewa. Dapat kereta Skoda (nama) nombor plet XXA-180. Terkejut tengok steering dia kat sebelah kiri hahahah masakkk. Sewa kereta untuk 7 hari (RM1,599.70) + Cross boarder fee (RM339.16). Destinasi untuk ke Ranua
  • Otw tu singgah di Santa Village. Nothing much kat sini cuma tourist attraction. Amek-amek gambar, beli fridge magnet, pi toilet & gerak ke Ranua
  • Sampai Ranua (85kilometer – dalam 1 jam drive dari train station Rovaniemi, tak termasuk stop kat Santa Village tadi).
  • Check in kat Artic Fox Igloo untuk 2 malam. Dapat bilik best glass kat bumbung nampak langit bila baring peghhhh, tidur malam nampak bulan bintang semua. Ada dapur (cawan pinggan mangkuk suda garfu pisau semua disediakan), ada sauna. Salji tebal gila kat luar. Hari pertama ni free & easy buat aktiviti sendiri.
  • Since sampai pun dah petang & bila winter siang pendek so takde apa aktiviti sangat yang boleh dibuat. Kitorang main tarik sledge & lepak-lepak kat atas tasik beku. Cuaca sejuk gila lebih-lebih lagi bila nak masuk maghrib. Bila dah sejuk apa lagi makan megi la yang paling nikmat
  • Dalam 8pm camtu pi dinner kat lobby resort. Makan sup salmon. Ikan salmon salai, salad, ada nasik jugak diorang serve. Food memang best gila.. maybe sebab sejuk dapat sup & nasik panas-panas memang heaven.
  • Dah penat drive, main snow, perut pun kenyang. Tido paling best.

Day 4 (07 March 2020)

Ranua, Finland

  • Bangun pagi subuh, mandi pastu keluar pi breakfast kat hotel lobby. Hari ni aktiviti penuh sampai ke malam. Harga aktiviti EUR192 (RM930.24). Harga ni dah diskaun 50% (child rate) untuk aku & ina dapat free (kelebihan travel agent kan hihi). Kalau tak masak ler nak bayar EUR390 sorang.
  • Lepas breakfast drive ke Ranua Wildlife Park untuk aktiviti. Perjalanan dari Ranua Artic Fox Igloo ke Ranua Wild Life Park sejauh 6km dan 6 minit.
    • Aktiviti 1
      • Melawat pola bear (diorang bagi makan daging khinzir eeeee)
      • Melawat artic fox, musang putih cute comel tu. Susah nak amek gamba menatang ni sebab tak reti dok diam, bergerak je.
    • Aktiviti 2
      • Naik snow mobile (bawak sendiri) lawat ladang reindeer. Jauh jugak journey (dalam 30 minit). Reindeer ni binatang yang tarik kereta santa Claus tu, yang boleh terbang tu tapi dalam movie je la. Banyak ekor reindeer kat situ. Diorang asing-asing kan ikut umur. Dalam 2 jam jugak la jalan-jalan kat ladang tu. Pastu naik reideer sledge (dalam 5 minit). Pastu ada refreshment salmon sup & cranberry jus suam. Pastu gerak balik ke Ranua Wildlife park.
      • Balik ke hotel untuk break (solat) & lunch (masak sendiri – nasik & sardin) Lepas lunch sebelah petang gerak ke Wildlife Park untuk aktiviti seterusnya.
    • Aktiviti 3
      • Cross Country Skii. Skii ni hanya ada kat Finland. Kira ski ni macam acara tradisional diorang la. Dia bukan ski yang turun laju-laju dari bukit atau gunung tu, ski ni kat Kawasan rata je, ada naik bukit & turun bukit sikit. Aktiviti ni paling meletihkan sebab most of the time ko kena kayuh sendiri tapi dia dah siapkan track untuk kita kayuh. Pastu jarak mula & akhir jauh lak tu, lupa nak kira berapa kilometer – dalam 3 jam ada kot. Banyak kali jatuh hihi. Berpeluh-peluh kayuh dalam show tebal.
      • Balik hotel untuk break (solat & dinner awal kat hotel. Jumpa owner dia sembang-sembang. Pastu gerak balik ke Wildllife park untuk aktiviti malam.
    • Aktiviti 4
      • Lepas dinner pi balik ke Ranua Wildlife Park. Aktiviti last ni biasanya kita naik snowmobile nak carik aurora. Belah malam suhu dia drop so sejuk gila. Kami konvoi dalam 8 snowmobile untuk pencarian aurora. Tapi malam tu aurora memang malu-malu nak keluar, dah sejam ride pun tak nampak jugak. Last-last guide berhenti cari port untuk buat unggun api. Snow agak tebal sebab masa guide lompat dari snowmobile dia masuk snow sampai ke pinggang.
      • Guide siapkan unggun api untuk bakar hotdog & panaskan air cranberry (aku rasa la). Ada je vege hotdog tapi tah kenapa rasa loya lak bila dia campur semua hotdog dalam satu bekas. So kitorang minum air je, memang sedap air cranberry suam dia. Lepak-lepak sembang ngan diorang (mostly kami diam dia sebab tak paham sangat apa yang diorang sembang cuma gelak sengih-sengih je). Lepak situ adalah dalam 1 jam, sejuk gila menggigil badan sebab kawasan tu open dengan angin sepoi-sepoi Bahasa. Lepas sejam tu baru diorang pack barang dan gerak balik.
      • Dah sampai ke park tu then siap-siap tukar baju, balik ke hotel untuk tido. Chances untuk Nampak aurora pun 0%, aktiviti malam kat sini pun takde apa sangat boleh buat. Suhu pun drop dan sangat sejuk, so tido je la yang paling best.

Day 5 (08 March 2020)

Polar Explorer Ice Breaker, Batskarsnas, Sweden

  • Bangun pagi solat subuh, masak nasi goreng buat bekal nak ke Sweden
  • Singgah isi minyak kat Teboil Kemi, Finland EUR26.25 (RM124.88)
  • Perbezaan masa antara Finland dan Sweeden ialah 1 jam (Sweden 1 jam lewat dari Finland)
  • Pemanduan dari Finland ke Sweden memang best, show tebal & view sangat cantik, takde langsung pencemaran.
  • Jarak dari Ranua ke Polar Explorer Ice Breaker, Batskarsnas, Sweden lebih kurang 189km dan perjalanan ambil masa dalam 2 jam 15 minit. Harga EUR376 (RM1,818.66) untuk 2 orang. Gambar icy water swimming pakai dry survival suit EUR20 (RM145.40).
  • Masa untuk Polar Explorer Ice Breaker ni ialah lebih kurang 3 jam. Pengalaman yang menarik. Berenang dalam icy water, berjalan atas ais. Bergambar dalam kesejukan masa kapal bergerak pecahkan ais.
  • Selesai aktiviti Polar Ice Breaker, gerak ke Kiruna untuk bermalam. On the way ke Kiruna baru google tempat penginapan (last minute booking). Jarak dalam 330km, perjalan ambil masa 4 jam
  • Bermalam di Camp Alta, Kiruna, Sweden SEK236.40 (RM109.75) untuk bilik & SEK100 (RM46.43) untuk cadar & sarung bantal (kira sewa la ni). Hotel dia simple but nice. Toilet & tempat makan/masak dia kat luar sebelah lobi hotel).

Day 6 (09 March 2020)

Kavelbag, Norway

  • Bangun 4am, sejuk & snowy. Start masak untuk bekal ke Norway
  • Ambil gambar, pemandangan sangat cantik, putih semua, tasik beku. Siap mandi & bersihkan kereta (penuh snow)
  • Singgah di Abisko National Park, Sweden. (Perjalanan dalam 95km lebih kurang 1 jam 10 minit). Tengok-tengok tempat sebab katanya port terbaik untuk tengok aurora di Sweden.
  • Gerak ke Norway, perjalanan sejauh 283km ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke Kavelbag.
  • Singgah di Esso Bjerkvik, Norway EUR401.97 (RM184.45)
  • Perjalanan ke Norway Masha Allah, agak bahaya & scary. Jalan sempit & berais, banyak bertembung dengan lori-lori besar yang laju. Masa di sempadan Sweden-Norway banyak bertembung dengan rombongan askar.
  • Norway pemandangan sangat cantik, bentuk muka bumi yang berbukit.
  • Bermalam di homestay di Kavelbag NOK1,150 (RM527.81). Rumah cantik dan bersih. Malam makan megi.

Day 7 (10 March 2020)

Tromso, Norway

  • Bangun Subuh & masak untuk ke Tromso, Norway.
  • Perjalanan dalam 425km mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Kavelbag ke Tromso. Jalan boleh tahan berbukit bukit, snow tebal
  • Bermalam di City Living Hotel, Tromso NOK1,394 (RM635.72)
  • Makan salmon masak asam pedas oleh chef Ina, tido awal sebab penat drive.

Day 8 (11 March 2020)

Levi, Finland

  • Check out hotel untuk ke Levi, Finland
  • Jalan-jalan town Tromso, ambil gambar. Sekali kena saman daaa parking kat tempat kenderaan cacat… terbang RM400+ (lebih kurang sebab dah ingat actual harga saman dia, ni balik Malaysia baru bayar)
  • Perjalanan dalam 423km ambil masa 5 jam 30 minit. Lalu kawasan gunung untuk ke border Norway-Finland.
  • Perbezaaan masa antara Norway & Finland ialan 1 jam (Norway lambat 1 jam dari Finland)
  • Hotel inspection di 3 hotel (Elves Hideaway Villaga – Kittila https://elvesvillage.fi/en/accommodations/tontun-tupa/, Northern Lights Village – Levi https://levi.northernlightsvillage.com/ & Break Sokos Hotel – Levi Sirkka https://www.sokoshotels.fi/en/levi/sokos-hotel-levi.
  • Isi minyak di ABC Levi Sirkka EUR20 (RM98.38) sebelum bergerak ke Rovaniemi
  • On the way ke Rovaniemi baru check agoda untuk booking hotel.
  • Check in Hotel Motelli, Rovaniemi (tak jauh dari Rovaniemi Airport). Jarak perjalanan dari Levi ke Rovaniemi sejauh 168km lebih kurang 2 jam 10 minit EUR51.30 (RM253.45)
  • Masak megi for dinner, air milo cicah biskut

Day 9 (12 March 2020)

Rovaniemi, Finland

  • Bangun bagi breakfast (makan roti + butter)
  • Bersihkan kereta. Check out & isi minyak di ABC Ankkalampi Rovaniemi EUR 56.78 (RM279.330). Isi full tank sebelum drop kereta di airport nanti)
  • Perjalanan dari Motelli Hotel ke Rovaniemi Airport sejauh 17.4km mengambil masa 16 minit.
  • Sampai airport drop kereta, check in, fly to Helsinki airport (transit).
  • Dari Helsinki fly to Kuala Lumpur via Istanbul Airport

Day 10 (13 March 2020)

Kuala Lumpur

  • Arrived KUL… end of journey

Recent Posts

Recent Comments

    Categories